Tuesday, January 26, 2016

26/01/2016 : Kursus Pengenalan Eksosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Kursus Pengenalan Eksosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah dilaksanakan seperti butiran berikut : 
TARIKH : 26 JANUARI 2016 (SELASA)
TEMPAT : DEWAN SERI MUTIARA
MASA : 8.00 PAGI – 1.00 TEHGAHARI

Kursus ini disertai oleh 451 orang staf, 161 orang pelajar dan 88 orang pengusaha kantin, pekerja kontrak kebersihan dan keselamatan.  

Penceramah bagi kursus ini adalah EN NORSHUHAIDY BIN SHABUDIN daripada INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA WILAYAH UTARA.

Kursus ini memberi penerangan yang lengkap mengenai Pengenalan EKSA,  Latar belakang EKSA dan Objektif EKSA.  Selain itu penerangan turut diberikan mengenai Langkah-langkah Pelaksanaan EKSA.  Di sini diterangkan mengenai peranan bagi setiap Jawatankuasa yang terdiri daripada Pengerusi, Fasilitator, Penyelaras, Jawatankuasa Promosi, Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa Latihan, Ketua Zon dan Ahli Kumpulan.  

Seterusnya peserta didedahkan dengan Kreteria Pengauditan dan Skala Pemarkahan yang digunakan semasa audit.  Kreteria Pengauditan meliputi Komponen A : Keperluan Utama Pelaksanaan, Komponen B : Ruang Tempat Kerja/Pejabat, Komponen C : Tempat Umum, Komponen D : Keselamatan Persekitaran, Komponen E : Kawasan Persekitaran Jabatan dan Komponen F : Tempat Khusus.  

Penerangan mengenai Proses Pensijilan turut diterangkan kepada peserta.  Peserta turut diberi penerangan mengenai Faedah Pelaksanaan EKSA.  Akhir sekali, bagi memberikan gambaran yang lebih jelas kepada peserta, pelbagai contoh telah dikongsikan seperti Contoh Imej Koperat, Contoh Persekitaran Kerja Kondusif, Contoh Kepelbagaian Sektor Awam, Contoh Kreaviti dan Inovasi dan Contoh Go Green.



No comments:

Post a Comment