ORGANISASI










Struktur Organisasi Jawatankuasa Induk EKSA PSP











Struktur Organisasi Jawatankuasa Zon EKSA PSP







Peranan dan Tanggungjawab Jawatankuasa Pelaksanaan EKSA



1.    Pengerusi 
Menentukan hala tuju keseluruhan pelaksanaan EKSA.
Membentuk pelan tindakan pelaksanaan EKSA. 
Menentukan belanjawan dan sumber-sumber kewangan. 
Menetapkan sistem pengiktirafan /penghargaan untuk amalan terbaik EKSA.
Mengawasi dan menilai kemajuan pelaksanaan EKSA.

2. Fasilitator 
Memberikan latihan dan panduan kepada Jawatankuasa EKSA PSP. 
Merupakan pakar rujuk dalam implementasi amalan EKSA di PSP. 

3. Penyelaras
Merancang dan menjadualkan mesyuarat Jawatankuasa EKSA PSP.
Menyelaraskan program EKSA. 
Memantau perkembangan aktiviti Jawatankuasa Kerja EKSA (Laithan, Promosi, Audit, 
        Penyelaras Zon, Inovasi & Amalan Hijau dan Amalan EKSA Pelajar).
Memantau dan melaporkan kemajuan dan status pelaksanaan Amalan EKSA. 
Menghebahkan maklumat terkini pelaksanaan Amalan EKSA dalam PSP.
Merancang dan mendapatkan peruntukan/budget untuk aktiviti pelaksanaan Amalan EKSA.

4. Setiausaha
Membantu penyelaras menguruskan mesyuarat Jawatankuasa EKSA PSP.
Menyimpan fail, rekod utama dan minit berkait dengan pelaksanaan Amalan EKSA.
Membantu pengurusan aktiviti promosi, latihan, audit, penyelarasan zon, inovasi dan 
        amalan EKSA pelajar.
Membantu penyelaras menyediakan laporan kemajuan dan status pelaksanaan amalan EKSA. 

5. Bendahari 
Bertindak sebagai Pegawai Perolehan dalam menguruskan perolehan peralatan dan 
        keperluan Jawatankuasa EKSA PSP.
Menguruskan rekod perbelanjaan Jawatankuasa EKSA PSP.

6. Jawatankuasa Promosi
Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti promosi EKSA. Memastikan pelaksanaan pelan 
        promosi ke arah membina kesedaran amalan EKSA kepada semua warga PSP.
Menganalisa keberkesanan aktiviti promosi yang telah dilaksanakan.
Melaporkan status pelaksanaan aktiviti dan tahap kesedaran amalan EKSA di kalangan 
        warga PSP.

7. Jawatankuasa Latihan
Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti latihan bagi memupuk kefahaman konsep and 
        amalan EKSA kepada semua warga kerja PSP.
Mengenalpasti jenis latihan yang diperlukan dari masa ke semasa bagi mengukuhkan 
        aktiviti amalan EKSA.
Merancang dan menguruskan lawatan penandaarasan ke organisasi yang telah 
        mendapat pensijilan EKSA.
Menyelaras dan memastikan setiap warga PSP diberi latihan EKSA secukupnya. 

8. Jawatankuasa Audit
Menyediakan kriteria audit dalaman EKSA.
Menentukan kekerapan aktiviti audit dalam EKSA.
Merancang dan melaksanakan aktiviti audit dalaman EKSA.
Menyediakan laporan dan analisis keputusan audit dalaman EKSA.
Menyemak kriteria audit dalaman EKSA dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

9. Jawatankuasa Inovasi dan Amalan Hijau
Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti bagi memupuk budaya inovasi dan amalan hijau 
        di kalangan warga PSP.
Mengumpulkan maklumat-maklumat projek inovasi dan amalan hijau yang dihasilkan oleh 
        warga PSP.
Mengumpul dan menganalisa maklumat tentang usaha penjimatan seperti penjimatan 
        air, elektrik dan kertas. 

10. Jawatankuasa Amalan EKSA Pelajar
Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti EKSA pelajar bagi memupuk kefahaman konsep 
        dan amalan EKSA pada pelajar PSP.
Merancang dan melaksanakan aktiviti EKSA pelajar bagi mewujudkan persekitaran PSP 
        yang kondusif, bersih dan selamat.

11. Jawatankuasa Penyelaras Zon
Menyelaraskan pelaksanaan amalan EKSA di semua zon. 
Menyediakan garis panduan/manual untuk menyelaras dan menyeragamkan amalan EKSA 
        di seluruh kampus PSP.
Menyediakan keperluan pelaksanaan EKSA seperti sticker/label, pelan suis yang seragam 
        untuk digunapakai di semua zon.
Memantau pelaksanaan amalan EKSA dan merancang aktiviti penambahbaikan 
        secara berterusan.

12. Ketua Zon
Menjadi perantara untuk menyampaikan maklumat terkini kepada ahli-ahli di zon.
Mewujudkan pembahagian sektor di dalami zon.
Mengawasi pelaksanaan EKSA di zon dan melaporkan kemajuan pelaksanaan kepada 
        pihak pengurusan.
Merancang pelan pelaksanaan EKSA zon. 
Mengadakan mesyuarat secara berkala dengan ahli-ahli dalam zon.
Menggalakkan penglibatan semua ahli dalam pelaksanaan aktiviti EKSA. 

13. Ketua Sektor 
Memantau pelaksanaan aktiviti EKSA di sektor agar selaras dengan pelan pelaksanaan EKSA zon.
Memberi maklumbalas mengenai status pelaksanaan EKSA kepada ketua zon.
Mewujudkan pembahagian kawasan dan melantik pegawai bertanggungjawab (Person-in-
        charge) untuk ruang atau kawasan dalam sektor.
Mengadakan mesyuarat secara berkala dengan ahli kumpulan.
Menggalakkan penglibatan semua ahli dalam pelaksanaan EKSA. 
Merancang aktiviti kumpulan. 
Sebagai pakar rujuk kepada ahli dalam melaksanakan amalan EKSA.

14. Setiausaha Zon
Menyelaras, merancang dan memantau aktiviti EKSA di zon masing-masing.
Memberi latihan, panduan dan tunjuk ajar kepada semua ahli.
Memastikan semua ahli mematuhi peraturan dan panduan yang disediakan.
Menyediakan dan menyimpan laporan, minit mesyuarat dan fail berkait dengan pelaksanaan                Amalan EKSA di zon masing-masing.
Memantau pelaksanaan EKSA dan merancang aktiviti penambahbaikan berterusan. 
Membantu Jawatankuasa 3K memantau status kebersihan, keceriaan dan keselamatan di 
        zon masing-masing.

15. Bendahari Zon
Berhubung dengan Pegawai Perolehan zon dalam menguruskan perolehan peralatan 
        dan keperluan EKSA zon (sekiranya berkenaan)
Menguruskan aspek kewangan Jawatankuasa EKSA di zon masing-masing.




No comments:

Post a Comment