PENGENALAN

EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).  Ia diterajui oleh pihak MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusa Malaysia).  Ia merupakan penjanamaan semula bagi Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam dan bertujuan untuk meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang lebih berimej korporat. Selain itu juga ianya menekankan ke arah melahirkan idea-idea kreativiti dan inovasi.  Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi-agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.  EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk menggantikan kongsep 5S (Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu & Shitsuke) yang sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.  Penambahan lima elemen baharu adalah seperti berikut:
  • Imej korporat
  • Kreatif dan inovasi
  • Amalan hijau
  • Persekitaran kondusif
  • Kepelbagaian agensi


Dasar EKSA 



Logo Dan Slogan EKSA





Objektif EKSA












No comments: