Monday, May 23, 2016

23/05/2016 : Kursus Pemantapan Dan Pengauditan EKSA

Kursus Pemantapan Dan Pengauditan EKSA telah dilaksanakan seperti butiran berikut: 
Tarikh : 23 & 24 Mei 2016 (Isnin & Selasa)
Tempat : Bilik Tayangan UIDM, PSP
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang

Kursus ini telah disertai oleh  peserta yang terdiri daripada Ketua Zon, Ketua Sektor, Setiausaha Zon, Jawatankuasa Kerja EKSA dan wakil pekerja kontrak Kebersihan dan Keselamatan.  


Penceramah bagi kursus ini adalah TUAN HAJI FAUDZI BIN SAAD, KETUA JABATAN INOVASI, INSTITUT AMINUDDIN BAKI (CAWANGAN UTARA).

Kursus ini telah dijalankan selama dua hari.  Pada hari pertama, peserta diberi penerangan yang terperinci mengenai Pengenalan EKSA, Elemen 5S dalam Amalan EKSA dan Elemen Baharu EKSA.  Peserta juga diberi penerang mengenai Pelaksanaan EKSA yang merangkumi 6 fasa iaitu Persediaan, Pelancaran, Pelaksanaan, Pengauditan, Pengiktirafan dan Lestari.

Pada hari kedua, peserta didedahkan dengan Kriteria Pengauditan EKSA dan Skala Pemarkahan secara ringkas.  Seterusnya peserta dipecahkan kepada 6 kumpulan berdasarkan Komponen Audit bagi aktiviti Simulasi Audit.  Setelah melaksanakan Simulasi Audit di lokasi yang ditentukan, peserta dikehendaki untuk menyediakan Laporan Dapatan Audit yang merangkumi Amalan Terbaik dan aspek-aspek yang perlu dibuat penambahbaikan bagi setiap zon.  Pada sebelah petang, Ketua Kumpulan diminta untuk membuat pembentangan tentang Dapatan Audit.  Semasa pembentangan, penerangan yang lebih terperinci turut diberi bagi setiap kriteria audit.






No comments:

Post a Comment