Wednesday, October 21, 2015

Bengkel Penandaarasan EKSA

20 Oktober, Jitra – Satu Bengkel Penandaarasan EKSA telah diadakan di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara. Bengkel yang berlangsung selama 1 hari itu dihadiri hampir 40 orang peserta dari kalangan fasilitator dan Jawatankuasa 5S Politeknik Seberang Perai. Turut hadir  Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Pn Hawariah binti Kamaruddin yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Induk Perlaksanaan 5S. 

                Bengkel EKSA ini disampaikan oleh Tn. Haji Faudzi bin Saad, Ketua Jabatan Pengurusan Kualiti dan Inovasi, Intitut Aminuddin Baki. Beliau menerangkan tentang kebaikan EKSA dimana EKSA dapat meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi. Beliau juga menegaskan tentang pentingnya kerjasama seluruh ahli organisasi bagi menjayakan EKSA. Bagi menjayakan EKSA pihak pengurusan juga perlu memainkan peranan.

                Bengkel EKSA diakhiri dengan lawatan di sekitar Institut Aminuddin Baki. Pihak Politeknik Seberang Perai amat berterima kasih kepada pihak Institut Aminuddin Baki diatas perkongsian ilmu berkenaan EKSA. PSP ke Arah Pensijilan EKSA

No comments:

Post a Comment