12 Oktober 2016, Politeknik Seberang Perai - Pertandingan Poster dan Inovasi Kelab 5S telah disertai oleh seramai 123
orang pelajar dari Jabatan Induk iaitu Jabatan Perdagangan, Jabatan
Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Teknologi
Maklumat & Komunikasi telah menyertai pertandingan ini. Para peserta yang
terlibat adalah terdiri daripada pelbagai program iaitu DEP, DTK, DKM, DAT,
DIB, DLS, DPM, DIP, DNS, dan DTP.
Objektif
pertandingan ini adalah bagi mencungkil bakat dan meningkatkan pemikiran
kreatif dan inovatif pelajar selain daripada penjimatkan kos dengan menginovasikan
bahan-bahan terpakai. Pertandingan ini juga dapat memperkenalkan dan berkongsi hasil inovasi
yang boleh dicontohi untuk faedah organisasi. Sikap bekerjasama di kalangan pelajar juga dapat
dibentuk semasa perbincangan dan proses mencipta produk inovasi dan poster
dijalankan.
Aktiviti
pertandingan ini telah berjaya mempertingkatkan daya kreatif dan inovasi di
kalangan para pelajar. Selain dari itu, pertandingan ini telah dapat memupuk
sikap kerjasama di antara peserta untuk merancang, merekacipta dan membina
projek inovasi di dalam pertandingan ini. Seterusnya, program ini dapat dilihat
telah berjaya memupuk sikap mengelakkan pembaziran bahan-bahan terbuang dan
terpakai seperti plastik, kertas, kaca dan bahan kitar semula yang lain. Secara
kesimpulannya, pelajar-pelajar dapat memikirkan cara-cara memulihara alam
sekitar dan berjaya mencipta sesuatu projek inovasi yang boleh diaplikasikan di
Politeknik Seberang Perai.
![]() |
Koleksi hasil ciptaan & rekaan bahan inovasi para peserta |
No comments:
Post a Comment