Thursday, April 20, 2017

20/04/2017 : Kursus Pengauditan EKSA

Kursus Pengauditan EKSA telah dilaksanakan seperti butiran berikut: 
TARIKH : 20 APRIL 2017 (KHAMIS)
TEMPAT : BILIK TAYANGAN UIDM, PSP
MASA : 8.00 PAGI – 5.00 PETANG

Kursus ini telah disertai oleh 28 peserta yang terdiri daripada Jawatankuasa Kerja EKSA dan Setiausaha Zon yang baru dilantik.  Penceramah bagi kursus ini adalah TUAN HAJI FAUDZI BIN SAAD, KETUA JABATAN INOVASI, INSTITUT AMINUDDIN BAKI (CAWANGAN UTARA).

Kursus yang telah dijalankan selama sehari ini memberi penerangan yang terperinci mengenai Pengenalan dan Pelaksanaan EKSA.  Peserta juga didedahkan dengan Kriteria Pengauditan EKSA dan Skala Pemarkahan secara ringkas.  Seterusnya peserta dipecahkan kepada kumpulan berdasarkan Komponen Audit bagi aktiviti Simulasi Audit.  

Peserta juga diminta untuk menyediakan Laporan Dapatan Audit yang merangkumi Amalan Terbaik dan Perlu Penambahbaikan bagi kawasan yang diaudit.  Seterusnya wakil kumpulan diminta untuk membuat perbentangan tentang Dapatan Audit.  Semasa pembentangan, penerangan yang lebih terperinci turut diberi bagi setiap kriteria audit.






No comments:

Post a Comment