Wednesday, March 15, 2017

15/03/2017 : Pertandingan Inovasi Kelab 5S Politeknik Seberang Perai

Aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut :
Tarikh : 15 March 2017 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Program : Pertandingan Inovasi Kelab 5S Politeknik Seberang Perai 
Tempat : Dataran Politeknik Seberang Perai 
Anjuran : Jawatankuasa Inovasi dan Amalan Hijau EKSA PSP & Jawatankuasa Pelaksanaan Amalan EKSA  Pelajar
Bilangan Peserta : 75 orang pelajar 

Seramai 75 orang pelajar dari Jabatan Induk iaitu Jabatan Perdagangan, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi telah menyertai pertandingan ini. Para peserta yang terlibat adalah terdiri daripada pelbagai program iaitu DEP, DTK, DKM, DAT, DIB, DLS, DPM, DIP, DNS, DJL dan DTP.

Secara keseluruhanya program ini dapat dilaksanakan dengan  kerjasama dan semangat berpasukan yang tinggi. Pelajar-pelajar dengan bimbingan daripada Pensyarah Kelab Amalan 5S dapat mengemukakan idea-idea yang kreatif untuk menjayakan budaya Amalan 5S serta bantuan daripada semua pihak akan menjadikan projek ini dapat mencapai sasarannya. Sesungguhnya untuk melahirkan sesuatu idea yang kreatif dan inovatif selaras dengan keperluan EKSA dan Teknologi Hijau memerlukan usaha yang jitu daripada semua pihak. Di samping itu, penglibatan pelajar dalam projek ini memberi peluang kepada mereka untuk menonjolkan bakat yang ada dan juga dapat memberikan pengalaman baru kepada mereka. Dengan ini , diharap para pelajar dapat menjadikan program ini sebagai batu loncatan ke arah kemajuan diri dan pemantapan sahsiah diri pelajar.







No comments:

Post a Comment