Friday, November 25, 2016

25/11/2016 : Program Gotong Royong Perdana EKSA 2016

Program Gotong Royong Perdana EKSA 2016 telah dilaksanakan pada Minggu Suai Kenal (MSK) pelajar-pelajar baharu sesi Dis 2016 di Politeknik Seberang Perai (PSP). Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Penyelaras Zon dan Jawatankuasa Aktiviti Pelajar EKSA bermula dari 8.30 pagi sehingga 4.30 petang. Program ini melibatkan kakitangan PSP, pekerja kontrak kebersihan dan pelajar semester 1. 

Program Gotong Royong Perdana EKSA ini diadakan sebagai persediaan warga PSP untuk menghadapi audit dalaman EKSA dengan melaksanakan 3S iaitu sisih, susun dan sapu. Di samping itu juga, ia memberi pendedahan kepada pelajar baharu sesi Dis 2016 tentang amalan EKSA. Program Gotong Royong ini juga dapat mengeratkan silaturahim antara semua warga PSP serta mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk keselesaan dan keselamatan warga PSP. 

Terdapat 10 zon yang terlibat dalam Gotong Royong Perdana EKSA ini iaitu Zon Jed, Zon Ametis, Zon Akuamarin, Zon Berlian, Zon Zamrud, Zon Mutiara, Zon Delima, Zon Firus, Zon Nilam dan Zon Baiduri.  Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya dilaksanakan mengikut jadual dan pembahagian tugas seperti yang dirancangkan. Terdapat banyak perbezaan dan perubahan yang telah dilakukan selepas gotong royong dijalankan. Susunan peralatan terutama kerusi dan meja telah tersusun dengan kemas serta seragam di setiap kelas. Kekemasan ruang kerja pensyarah dan kakitangan juga adalah ditahap sangat baik, ia disebabkan susun atur dalam ruang pejabat telah dikemaskini. Ia telah memberikan ruang dan keselesaan yang optimum bagi mewujudkan ruang kerja yang kondusif dan selamat.


 

 

 

No comments:

Post a Comment