Friday, May 30, 2014

Kursus Pemahaman Amalan dan Audit 5S

KURSUS PEMAHAMAN AMALAN DAN AUDIT 5S

Objektif


Objektif bagi Kursus Pemahaman Amalan 5S adalah seperti berikut :-
  • Memahami Prinsip dan Aplikasi Sistem Amalan 5S secara Berkesan 
  • Mempelajari Kaedah Pelaksanaan Sistem Amakan 5S Secara Sistematik 
  • Memberi Kesedaran Tentang Kepentingan dan Faedah Pelaksanaan Program Alaman 5S

Manakala Objektif bagi Kursus Audit 5S pula adalah seperti berikut :-

  • Memahami Kepentingan Audit Dalaman Dalam Pelaksanaan Program Persekitaran Berkualiti (5S)
  • Mempelajari Kaedah Menjalankan Aktiviti Audit Dalaman Persekitaran Berkualiti Secara Sistematik
  • Mengetahui Aspek Pengurusan dan Penilaian Audit Termasuk Dokumentasi dan Kriteria Audit




 Deskripsi Program



Kursus ini telah dijalankan selama dua hari. Pada hari pertama, kursus adalah berkenaan Pemahaman Alaman 5S. Dalam kursus ini, peserta diberi maklumat berkenaan Pengenalan kepada Amalan 5S, Kepentingan Amalan 5S, Langkah-langkah melaksanakan Amalan 5S.

Pada hari kedua, kursus adalah berkenaan Audit Dalaman Persekitaran Berkualiti (5S). Peserta diberi maklumat berkenaan Kepentingan Audit Dalaman, Konsep dan Pendekatan Audit Dalaman 5S, Pengurusan dan Kaedah Audit Dalaman 5S. Seterusnya peserta dibahagikan kepada lima (5) kumpulan dan diminta untuk melaksanakan audit (Sisih, Susun, Sapu) di Unit ICT. Peserta diminta untuk mengaudit, membuat laporan dan seterusnya membuat pembentangan.


Penceramah bagi kursus ini adalah En Maskor Bin Bajuri. Beliau mempunyai pengalaman luas sebagai Juruperunding dan Jurulatih dalam bidang Produktiviti dan kualiti. Beliau juga mempunyai hubungan yang amat baik dengan organisasi seperti Malaysia Productive Corporation (MPC), TNB, Proton, Perodua, Inokom, Modenas, Boustead, Jabatan kerajaan, IPTA dan lain-lain.


Impak


Impak yang diperolehi daripada kursus ini adalah seperti berikut :- 
  • Meningkatkan pemahaman mengenai amalan 5S 
  • Memperolehi gambaran yang lebih jelas mengenai pelaksanaan 5S
  • Memahami kaedah audit yang lebih sistematik dan berkesan



No comments:

Post a Comment