Antara objektif pelaksanaan Gotong Royong EKSA 2018 di Politeknik Seberang Perai adalah:
- Membuat persediaan untuk menghadapi audit dalaman EKSA dengan melaksanakan 3S – sisih, susun dan sapu
- Memberi pendedahan kepada pelajar baharu sesi Jun 2018 tentang amalan EKSA
- Mengeratkan silatulrahim antara semua warga PSP (staf, pekerja kontrak & pelajar) melalui aktiviti gotong royong
- Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk keselesaan dan keselamatan semua warga PSP
Amalan ini dapat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal, dan mengurangkan pembaziran dari segi masa, ruang dan sebagainya, justeru menjimatkan kos operasi.
No comments:
Post a Comment