Monday, July 24, 2017

24/07/2017 : Pertandingan Inovasi Jabatan dan Unit, Politeknik Seberang Perai

Aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut :
Tarikh : 24 Julai – 4 Ogos 2017 
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Program : Pertandingan Inovasi Jabatan dan Unit, Politeknik Seberang Perai 
Tempat : Jabatan dan Unit 
Anjuran : Jawatankuasa Inovasi dan Amalan Hijau EKSA PSP 
Bilangan Peserta : Semua Jabatan dan Unit yang bertanding 

Pertandingan ini telah disertai oleh 6 jabatan dan 8 unit iaitu Jabatan Perdagangan, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, Jabatan Pengajian Am dan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer. Manakala unit yang terlibat adalah Perpustakaan, Center of Excellence, Kolej Kediaman Pelajar, Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan, Unit Pembangunan dan Senggara, Unit Keusahawanan dan Unit ICT. Setiap jabatan telah menghantar 3 produk inovasi dan setiap unit menghantar 1 inovasi untuk dipertamdingkan. Jumlah produk yang dipertandingkan ialah 25. 

Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada Jabatan dan Unit. Penyertaan dihadkan kepada 3 produk inovasi untuk jabatan dan 1 produk inovasi untuk unit.  Secara tidak lansung melalui pertandingan ini dapat memupuk sikap kerjasama di antara peserta untuk merancang, merekacipta dan membina projek inovasi di dalam pertandingan ini. Seterusnya, hasil inovasi yang dihasilkan di dalam  pertandingan ini boleh digunapakai dan praktikal untuk diletakkan di tempat yang bersesuaian seperti pejabat, bilik kuliah, surau dan lain-lain. Hasil inovasi adalah daripada bahan-bahan terbuang dan terpakai seperti plastik, kertas, kaca dan bahan kitar semula yang lain telah berjaya memupuk sikap mengelakkan pembaziran. 











No comments:

Post a Comment