Wednesday, October 4, 2017

04/10/2017 : Pertandingan Inovasi Kelab 5S Politeknik Seberang Perai

Aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut :
Tarikh : 4 Oktober 2017 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Program : Pertandingan Inovasi Kelab 5S Politeknik Seberang Perai 
Tempat : Dataran Politeknik Seberang Perai 
Anjuran : Jawatankuasa Inovasi dan Amalan Hijau EKSA PSP & Jawatankuasa Pelaksanaan Amalan EKSA  Pelajar
Bilangan Peserta : 161 orang pelajar 

Seramai 161 orang pelajar dari Jabatan Induk iaitu Jabatan Perdagangan, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi telah menyertai pertandingan ini. Para peserta yang terlibat adalah terdiri daripada pelbagai program iaitu DEP, DTK, DKM, DAT, DIB, DLS, DPM, DIP, DNS, dan DTP.

Pertandingan yang telah dilaksanakan berjaya mempertingkatkan daya kreatif dan inovasi di kalangan para pelajar. Secara tidak lansung melalui pertandingan ini dapat memupuk sikap kerjasama di antara peserta untuk merancang, merekacipta dan membina projek inovasi di dalam pertandingan ini. Seterusnya, hasil inovasi yang dihasilkan di dalam  pertandingan ini boleh digunapakai dan praktikal untuk diletakkan di tempat yang bersesuaian seperti pejabat, bilik kuliah, surau dan lain-lain. Hasil inovasi adalah daripada bahan-bahan terbuang dan terpakai seperti plastik, kertas, kaca dan bahan kitar semula yang lain telah berjaya memupuk sikap mengelakkan pembaziran dikalangan pelajar. Secara kesimpulannya, pelajar-pelajar dapat memikirkan cara-cara memulihara alam sekitar dan berjaya mencipta sesuatu projek inovasi yang boleh diaplikasikan di Politeknik Seberang Perai. 





No comments:

Post a Comment