BUKIT MERTAJAM –
20 JUN 2014. Program Gotong
Royong Perdana 5S telah diadakan di seluruh kampus Politeknik Seberang Perai
(PSP) dengan jayanya. Program ini dijalankan
bersempena dengan Pelancaran Amalan 5S peringkat PSP pada
19 Jun 2014. Program ini melibatkan 17 buah sektor
yang terdiri dari Pejabat Pentadbiran, jabatan-jabatan akademik dan unit-unit
di PSP. Ianya melibatkan kerjasama semua staf PSP bersama pelajar-pelajar
semester 1 Sesi Jun 2014.
Warga PSP sangat bertuah kerana program ini juga turut disertai oleh Yang Berusaha Tn Hj Zulkifli bin Ariffin Pengarah Politeknik Seberang Perai, sebagai sokongan kepada aktiviti yang dijalankan. Program ini telah berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Aktiviti utama yang dilaksanakan melibatkan amalan 3S yang pertama iaitu Sisih, Sapu dan Susun di semua sektor yang terlibat. Ianya termasuklah kerja-kerja mengecat tandas pelajar oleh pelajar bersama staf, melupuskan kerusi meja dan apa saja peralatan rosak, menyisih barang-barang yang tidak diperlukan, menyapu dan membersihkan habuk serta menyusun barang agar lebih kemas dan mudah diambil. Ini selaras dengan falsafah Amalan 5S iaitu ‘SATU TEMPAT UNTUK SEMUA BARANG, SEMUA BARANG BERADA DI TEMPATNYA’.

Seterusnya, selaras dengan objektif Amalan 5S,
program ini dijalankan bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang bersih,
kemas, tersusun dan selamat. Di samping itu, program ini diharapkan dapat meningkatkan
kreativiti dan inovasi seluruh warga yang terlibat. Sebagai contoh, kreativiti
menggunakan barang terpakai untuk dibuat pembahagi di dalam laci meja. Seterusnya
lagi, dengan adanya gotong royong sebegini, ianya dapat meningkatkan motivasi
dan disiplin, memupuk semangat berpasukan, dan memupuk sikap bertanggungjawab
setiap staf.

No comments:
Post a Comment