EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Ia diterajui oleh pihak MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusa Malaysia). Ia merupakan penjanamaan semula bagi Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam dan bertujuan untuk meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang lebih berimej korporat. Selain itu juga ianya menekankan ke arah melahirkan idea-idea kreativiti dan inovasi. Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi-agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam. EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk menggantikan kongsep 5S (Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu & Shitsuke) yang sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif. Penambahan lima elemen baharu adalah seperti berikut:
- Imej korporat
- Kreatif dan inovasi
- Amalan hijau
- Persekitaran kondusif
- Kepelbagaian agensi
Elemen Baharu EKSA
Lima elemen baru diterapkan di
dalam EKSA berdasarkan Buku Panduan Pelaksanaan
EKSA yang dikeluarkan oleh MAMPU. Ini
adalah selaras dengan keperluan dan identiti perkhidmatan awam iaitu:
i) Imej Korporat
ii) Kreativiti & Inovasi
iii) Amalan Hijau
iv) Persekitaran Kondusif
v) Kepelbagaian Agensi
Maklumat Pelaksanaan Amalan EKSA
Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) PSP mula digerakkan
mulai Oktober 2015 untuk meneruskan kesinambungan amalan 5S yang telah mendapat pengikitirafan Amalan Persekitaran
Berkualiti QE/5S pada 9 April 2015 daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia
(MPC). Usaha ini adalah bertujuan untuk memperkasakan
PSP sebagai pusat kecemerlangan akademik.
Polisi Amalan EKSA
Politeknik
Seberang Perai membudayakan amalan Ekosistem Kondusif SektorAwam (EKSA) dan
memupuk budaya kerja positif bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif, ceria
dan selamat untuk kecemerlangan berterusan.
No comments:
New comments are not allowed.