Thursday, December 5, 2019

05/12/2019 : Gotong Royong Perdana EKSA 2019


Gotong Royong Eksa 2019 Politeknik Seberang Perai telah diadakan pada 5 Disember 2019 yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Penyelaras Zon dan Jawatankuasa Aktiviti Pelajar Eksa.  Gotong-royong ini telah disertai oleh seluruh warga PSP dan semua pelajar semester satu PSP yg terdiri daripada 460 orang dari kesuluruhan jabatan.

Antara objektif pelaksanaan Gotong Royong EKSA 2019 di Politeknik  Seberang Perai adalah:

  • Membuat persediaan untuk menghadapi audit dalaman EKSA dengan melaksanakan 3S – sisih, susun dan sapu
  • Memberi pendedahan kepada pelajar tentang amalan EKSA
  • Mengeratkan silatulrahim antara semua warga PSP (staf, pekerja kontrak & pelajar) melalui aktiviti gotong royong
  • Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk keselesaan dan keselamatan semua warga PSP


Amalan ini dapat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal, dan mengurangkan pembaziran dari segi masa, ruang dan sebagainya, justeru menjimatkan kos operasi.










No comments:

Post a Comment